Monday, April 12, 2010

Hanya Satu Persinggahan...

Jikalau ada lagu yang boleh menggambarkan perasaanku,
aku fikir, lagu yang dibawah ini lah yang paling aku tahu untuk menggambarkan perasaanku waktu ini. Tidak semua kata kata ini yang menggambarkan yang tersirat dihatiku, namun aku telah memperbesarkannya sepertimana patut. Semoga menghayati.



Di sini kasih pernah berbunga tiada harum, tiada warna...
Di sini cinta pernah membara tanpa bahang dan tanpa apinya...
Begini yang ku rasa hidup kita berdua...

Di sini langit mendung selalu tiada cahaya menyinariku...
Di sini aku tiada terdaya mengikut kata tanpa bicara...
Kerana engkau tahu, aku tidak sepadan denganmu...

Hubungan kita, suatu persinggahan, bukan pengabadian yang rela...
Pemergianku oh kerana terpaksa, demi hidup yang lebih sempurna,
Anggaplah kehadiranku hanya satu persinggahan...
Aku tidak menjanjikan mahligai impian, sebagaimana kau harapkan.

Biarlah jauh dari pandangan, daripada dekat penuh siksa,
Biar berduka biar melara dari sengketa sepanjang masa...
Janganlah engkau harap ku menghambakan diri...

Nanti kau tahu ertinya sepi bagaikan pisau menghiris hati...
Nanti kau tahu ertinya rindu bagai tertusuk duri sembilu...
Batin akan tersiksa, jasad pasti merana olehnya...

Hubungan kita, suatu persinggahan, bukan pengabadian yang rela...
Pemergianku oh kerana terpaksa, demi hidup yang lebih sempurna,
Anggaplah kehadiranku hanya satu persinggahan...
Aku tidak menjanjikan mahligai impian, sebagaimana kau harapkan.

Hanyalah satu persinggahan...

Moving on...

Bismillahirrahmannirrahim.

Salam. Ish. Ini dah break record. Berape lama tak blog nih. Macamana nak blog. Laptop asyik buat hal jer. Walau bagaimanapun. Setelah di"install" software oleh adikku yang dia sendiri pun tak pasti ape kebendanya, maka terjadilah entah ape2 entah,

Macam blog warna nostalgia. Katanya, menulis bisa menenangkan jiwa. Dan kali ini sebenarnya amat berat untuk membuat keputusan sebegini,

"U know", Sebahagian daripada impianku ialah aku inginkan keluarga yang bahagia! Aku mendengar kata kata "There are only 3 main things in life! 1st, Allah, Islam, which is God n religion, 2nd Your family. 3rd The work/Biz that you do.

How true. My family is not in good shape. I'm not in good shape either... And i must give my utmost strength, effort, resources to its roots . I still remember the time when the whole family kongsi makan nasi atas satu bungkusan/dulang. Ya Allah, alangkah nikmatnya ketika itu, dengan Ayah, Emak, Adik2.

Tapi sekarang ape dah jadi. Tapi belum terlambat. Its not too late.But i feel that time is too precious. Its too little. Bimbang tak kesampaian, Kata Allahyarham Sudirman. Kerana itulah, aku terpaksa membuat keputusan yang amat berat dan sedih. Keputusan yang memaksa aku keluar dari Zona kenyamanan, "Out of my comfort zone".

In life, Do not deny yourself the privilege of struggle. And here i am struggling. And it will be quite lonely, without my closed ones. But i have to do this. Untuk mengejar Erti Kehidupan. Memang, ada perancangan hendak mendirikan rumahtangga. Dan terlalu banyak kisah sedih, pilu dan sayu bila kawan2ku berpisah dan bercerai dengan pasangan masing2.

Aku tidak mahu begitu. Tiada dua insan bernikah dengan ingin berpisah pada akhirnya. Banyak betul cita2 ku. Tapi aku tahu, tak semua cita2 akan tercapai. Tapi aku juga tahu, tiada cita2 akan tercapai sehingga kita mula mengambil tindakan dengannya.

Maafkan aku kiranya diri ini melukai hati dan perasaan melalui kata2 dan tindakan, Halalkan yang termakan dan terminum. Aku terpaksa pergi. Dan berubah. Tak mampu aku ubah kalau senantiasa dalam "comfort zone".

Allah and religion, Family and the work, that i do. This are the main priorities in my life. There is also friends, my hobby, and community but these are secondary. Well, if i don start now, i will never start. Its going to be tough, i know. But its better die trying, than you die... without trying at all.

Wish you success, Waddunya, walakhirah. May Allah guide us to the straight path.
Insyaallah.

Thank you and Goodbye.
Muhd Hasnol Ahmat.

Friday, October 23, 2009

Nak buat ape minggu ni...

2359 hrs 23Oct 09, AJ Internet. Alone.

Fuuh... dah lama betul tak blog nih. Kepenatan, kesibukan, ketidak sempatan. Penat buat ape? Sibuk untuk ape? Tak sempat kerana ape... Ni lah aku. Tanya soalan untuk diriku then kena jawab balik.

Kekadang aku tahu ada orang tidak senang dgn sikapku. Kerana apa bila aku tidak suka akan sesuatu perkara atau keadaan, aku tidak akan berterus terang dahulu, aku akan sindir2, perli perli. Dan jika seseorang itu bertanya, barulah aku menjawabnya.

Maafkan aku andainya sikapku ini tidak menyenangkan kalian. Mungkin caraku begitu. No wrong or right. It might work on some people, it might not. But i'm consistent with it.

Aku masih ingat waktu tu...
Aku amat rapat dgn Hamba Allah(gadis) dan aku anggap dia seperti adik ku juga.
Namun setelah kami meningkat dewasa, dan aku kenalkan dia pada seorang kawanku sendiri sehingga mereka berjumpa jodoh dan bernikah.

Aku masih ingat ketika Dinner(malam pernikahan) aku diberi penghormatan untuk memberi kata dua di depan khalayak ramai. Dan aku rasa amat berterima kasih dan bersyukur kerana dihargai. Tetapi setelah itu, ada tersalah faham akan niatku, dan mereka memutuskan perhubungan selama beberapa tahun. Sehinggalah Allah jodohkan untuk kami bertemu. Bukan bertemu mata pun, sekadar telefon, facebook sms. Itu aje. But after they found out the reason, its too late. Bukan kata kecik hati, mungkin itu dulu, memang aku kecik hati. Tetapi perasaan tiu hilang setelah sekian lama. Jadi sekarang aku anggap mereka hanya kenalan saja.

Dan ada lagi sejarah yang mana aku yg menjadi mangsanya. Dan aku tidak mampu menulisnya di sini...

Siti Sofawati... Kau lah kekasih yg setia padaku. Aku bersyukur mempunyai teman wanita seperti kamu. Moga kita ke jinjang pelamin dan dan bercerai mati atas kehendak Allah Azza wa jal.

Nazurah Dan Amirah, kamulah adikku yang baru aku temui. Dan sebagai abang, kekadang abang tegur dan akan abang lakukan seperti tanggungjawab abang walaupun bukan sepenuhnya. Gembira kerana kenal dan rapat dgn keluargamu. Dan abang akan manjakan adik, seperti mana biasanya.

Abang terlebih dahulu makan garam darimu. Namun ia tidak bermakna abang lebih tahu darimu. Mungkin abang boleh mengagak apa yg akan berlaku. Kerana pengalaman akan mengajar. Tetapi abang akan doakan yg terbaik untuk semua. Jika kehadiran abang ini menyusahkan atau tidak perlu untuk kehidupan sesetengah orang seperti segelintir orang yg aku aku rapat dulu, maka aku akan pergi dari kalian.

Andainya kehadiranku menggembirakan orang dan orang selalu happy, maka aku hanya mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana dihargai...

Hmmm...Dah nak hampir pukul dua!... Mana nak pergi lepas nih. Nak buat ape dua hari nih...
Hmmm... Probably do some soul searching...

Hasnol

Wednesday, September 2, 2009

Berkat ramadhan...

Alhamdulillah,

Barangkali berkat ramadhan ini membuat aku lebih tenang dan kurang rasanya marah. Sebenarnya tak perlu marah pun. Sebab emosi tu boleh dikawal. Mungkin kerana sikapku yang "phlegmatic". Tetapi memang sebenarnya ramadhan ini lain dari bulan bulan yang lain kerana Allah beri keistimewaan kepada hamba hambanya.

Maka keistimewaan itu harus direbut oleh kita. Aku? Banyak yang perlu aku belajar, sedar dan fahami. Nak kata aku nakal, adakalanya jugaklah. Nak kata aku jahat. Tak mungkin. Baik ker aku ni. Aku tak mengaku. Jadi di mana kedudukanku? Aku harus mengenali diriku. Ish...

Entah mengapa... setelah selesai iftar di west coast dan "Ginza Plaza" tergerak pulak nak ambik angin di jurong hill memandangkan ianya tak jauh dari situ. Hanya beberapa minit dgn menunggang motosikal. Aduh... lapangnya dada dapat melihat aktiviti di kepulauan jurong dan sebahagian Tuas dgn luas. Malam juga dingin. Dgn si adik Yuyul terus menceritakan segala...hmmm mungkin sebahagian dari isi hatinya... Minda dan hatiku terfikir, bagaimana caranya untuk menolongnya sedar... Setelah puas duduk di jurong hill lantas aku pun bergerak ingin menghantarnya pulang. Dengan tak semana mana aku teringat pusaraman!

Aku pernah ke situ bersama Along beberapa tahun dulu. Kata ayahku, kawannya pernah memberitahunya ketika dia melalui kawasan itu pada waktu malam, dia ternampak seolah olah kawasan perkuburan itu seperti bercahaya dan seperti punya aura yang tak dapat dibayangkan dengan kata kata. Apa nak takut? fikirku... Bukankah syaitan di rantai dan muslim muslimat rahimatullah hi ta'ala direhat dari disiksa pada bulan ramadhan ini... Hmmm. Aku perlahan lahan membelah malam dengan berhati hati ketika melalui selekoh perkuburan. Di sebelah kanan ku terdapat perkuburan cina. Sekali sekala seperti ada bayangan yang mengganggu namun aku tidak peduli, kerana barangkali itu hanya imaginasiku. Lalu aku berhenti betul betul pada selekoh sebelum ke kuburan. Sempadan antara perkuburan hindu dan perkuburan ahmadiyya. Tak berani ke dalam lagi kerana bimbang akan keselamatan kita berdua.
Lalu aku matikan enjin motor tanpa turun darinya.

Aku pun berkata"Adik, abang tak tahu apa yang abang lakukan ini sama ada betul atau salah. Tetapi abang ingin adik lihat dan ingat sesuatu". Sambil menunjukkan arah ke kuburan, aku berkata lagi. "Orang orang yang telah mendahului dari kita itu telah habis semua harapan mereka di dunia ini. Mereka yang berada di dalam liang lahad itu sudah terputus semua talian saudara antara family, kawan, dan orang orang yang mereka kenali di dunia ini. Sudah tidak ada apa apa lagi yang boleh mereka lakukan di dunia ini. Tetapi beza mereka dengan kita, kita masih punya harapan. Kita masih boleh lakukan sesuatu dengan hidup kita sekarang, waimah apa jua masalah yang melanda dalam hidup kita sekarang ini. Adik... jangan putus harapan. Jangan sesekali. Adik terus membisu. Biarkan dia fikirku. Aku tidak berkata banyak. Dan aku juga terus merenung di hadapanku. Setelah beberapa minit, aku hidupkan enjin dan terus beredar.

Dalam perjalanan pulang diri ini berdialog dengan diri sendiri. Aku ni tak lah jahat mana. Nak kata baik pun tidak. Tapi dimana tempat ku bila di liang lahad nanti? Gerun aku memikirkannya. Neraka? Tidak mahu! Syurga? Tak layak sama sekali... Namun aku masih berharap akan belas ikhsanNya...

"The only thing neccessary for evil to triumph is for good men to do nothing"...

Saturday, August 22, 2009

Kecewa dan hampa...

I can't believe what i'm hearing...

Dalam bulan puasa, sepatutnya hati dan minda ini kita cuba bersihkan dan memasukkan nilai nilai yang baik baik, bukan bersangka buruk atau negatif, tetapi sayang kekadang perkara ini tidak berlaku.

Aku sama sekali tidak menyangka "perkataan itu" harus keluar dari mulut mu. Dan kekhilafan diri ini pulak dengan secara tidak sengaja membuat orang lain terlibat sama. Dan secara tidak langsung aku juga telah membuat kawanku mungkin merasa marah, hampa, kecewa...aku tidak tau. Maafkan aku atas kesilapan ini.

Tetapi kepada si "Dia", adakah begini caranya kamu mengendalikan sebuah perhubungan ketika ia dilanda permasalahan dan cubaan? Dan ia bukan berlaku sekali dua, tetapi berkali-kali! Apa makna ini semua? Mengapa kau harus libatkan orang lain dalam hal ini walaupun yang bermasalah hanya kita berdua? Dan ia selalu merumitkan keadaan dan bagiku, ini hanya mengesahkan bahawa kau tidak matang dalam mengharungi badai yang melanda.

Aku mengaku, aku silap, aku salah. Ku fikirkan bahawasanya"istilah go with the flow" itu baik tetapi ternyata tidak. Malahan ia memudaratkan dan hampir membunuhku!!! Dan aku harus membuat sesuatu untuk menghentikannya. Aku sudah tidak peduli lagi. Kerana aku sudah cukup sabar menahan kerenahmu. Bagaimana pula jikalau kita berumah tangga nanti? Aku tidak dapat membayangkan.

"Kenapa sampai 8 tahun! Sayang seh. Kesian seh!Bodoh! " Itu adalah sebahagian kritikan yang ku terima dari mereka. Adakah panjangnya sesebuah hubungan menjadi ukurannya?Adakah engkau di tempat aku? Kau tahu apa yang terjadi? Sedangkan Tuhan memaafkan hambanya yang membuat salah dan silap. Siapa engkau untuk mengadiliku? Baik buruk, aku yang menanggungnya. Salah atau betul aku yang bertanggungjawab. Apa yang terjadi aku yang belajar darinya. Maka aku tahu siapa yang kawan atau sebaliknya. Tetapi mereka juga khilaf sepertiku. Maka aku tidak perlu mengatakan apa-apa kerana bukan aku dan aku tidak berhak mengadili mereka.

Memang kau ternyata insan yang baik hati. Penyayang. Itu ku akui. Tetapi sayang sebahagian sifat burukmu itu tidak dapat ku terima. Mungkin kau cemburu, walaupun bagiku cemburumu itu tiada asasnya. Aku bersikap berterus terang untuk mengelak salah faham dan membuat keadaan "transparent" supaya kau berlapang dada. Tetapi.... sudahlah. Perbuatan ku ini bukan sahaja tidak menampakkan hasil tetapi rupanya hatimu itu menguasai dirimu untuk melakukan perkara yang tidak wajar.

Aku tidak tahu apa yang telah kau katakan padanya. Dan aku tidak mahu tahu. Barangkali dia telah tersalah anggap padaku. Maka biarkanlah. Moga kebenaran akan menjernihkan semuanya.
Tetapi "damage has been done...again". When will you grow up? When will u realise? Why can't u move forward? Aku tidak tahu. Aku tidak akan memberitahu sesiapa tentang keburukanmu, jangan bimbang walaupun mungkin diri ini akan disalah erti. Mengadu domba? Itu bukan ciriku.

Aku tidak mengatakan bahawasanya aku tidak pernah salah, tidak pernah silap, tidak pernah berdosa. Dan aku juga bukan "perfect". Kerana sebenarnya diri ini memang perlu dibaiki dari pelbagai sudut. Itu ku akui. Aku belajar dari kesilapan, belajar dari kesalahan, tetapi sebolehnya jangan melakukan kesalahan yang sama berulang ulang! Dan aku sudah BOSAN! Aku hampir mencapai umur 30. Dan aku tidak tahu berapa banyak masa lagi yang aku ada.

Maafkanlah aku jika aku terpaksa membuat keputusan ini. Yang pasti aku tidak akan membiarkan ia berlarutan. Maafkan lah aku jika aku mementingkan diri sendiri. Jika itu yang kau fikirkan. Maafkan lah aku kerana kau harus belajar dari perkara ini. Supaya kau bangun, sedar dan "move forward. Aku tidak tahu siapa jodohku. Tetapi buat masa ini aku tidak akan mencari jodoh. Kerana fokusku di tempat lain. Aku tidak akan berhenti berkenalan baik lelaki atau wanita.

Kepada si"Dia", kau seorang wanita yang baik. Kau akan belajar dari episod ini. You will grow up to be better than ever. My prayers for you. As for me... I'm moving forward. Towards my focus. Towards my goal. And who knows that? Its me and my creator...

Monday, August 17, 2009

What a weekend...

Fuuuh...

After few lacklustre weeks... Finally got to go to KL for the weekend seminar. Itupun lepas Kak Idah pujuk. Bila Kak Idah pujuk... i can never say no. Hmmm... Her voice is just really soothing and really "seductive". I mean in a good way. Another word to describe should be persuasive influence.

Before going to the weekend, several thoughts crossed my mind. I have been there countless times. And the end is always the same. How can it be any different this time? With no money and no preparation whatsoever... I still go. Thank you Kak Idah. Selalu tolong aku. Still have not given up hope in me.

Why at times i feel that i can do it and sometimes i feel i can't. It must be the mind. Negative mind. The times that we have the self talk. It will say: Aiyah nanti boleh, later can, delay here, delay there". Susah lah ni macam. How to move forward and achieve something in life?

But it dawn to me when "Mats Holmberg" says, "What NO would be too tough for us to give up our dreams for our family's future?" Wow! That strikes me! the fear of trying all this while paralysed me! When i look at all successful people, They have been getting the same NO's, the same negativity, the same challenge, even though circumstances differs, but they still did it! Ordinary people, common people who achieves extraordinary result, and living a great life! Ish... So what's the difference between them and me. The thoughts that goes thru our mind. Positive or negative?

Jim Dornan even said something like this. Something negatives goes through your life. It stays there. Ouch! Ouch! But we can do one thing. Dilute it. With positive people, positive things that we listen, positive books, positive environment. But really is being positive enough. There is more... But i'll finf out more,

To be continued...

Thursday, August 6, 2009

Insaf...

Sedang aku sibuk menghabiskan kerja kerja ku kerana sudah hampir masuk waktu tengahari, Boss aku berkata "s@#$" Lalu aku memandangke belakang ternampak seorang hamba Allah, seoranglelaki cina sedang berdiri di luar...

Ni mesti nak 'collect' barang. Fikirku. Lalu aku terus pergi mendapatkannya dan melihat kertas yang dibawanya. Sah! sangkaanku.Kerana waktu telah masuk waktu makan, Boss aku pun berkata, "Hasnol,call me if you want anything", Katanya sambil terus melangkah pergi. "where are you going? Market is it?" Ku meninggikan suaraku, "Yah" jeritnya lalu terus hilang dari pandangan.

Aku pun meneliti kembali kertas yang dibawa oleh hamba Allah tadi, lalu dengan bahasa isyarat dia seolah olah bertanya, "Where where?". "Yah...outside" Jawabku ringkas tanpa memandangnya. "Wait ah..." Kataku lagi. Aku pun terus menunjukkan barang yang telah siap sedia. Dengan tak semena mena dia terus terbatuk batuk dengan kuatnya sehingga merah padam mukanya! Lalu aku pun menggelabah dibuatnya! Eh, kenape uncle ni? " Uncle, u ok or not?" tanyaku bimbang. Lalu dalam keadaan yang terhoyong hayang dia batuk lagi, " Koh koh koh!" Hmmm... banyaknya lendir yang tersangkut di rongganya fikirku. Setelah dia kembali stabil, dia terus menandatangani pada dokumen yang aku beri padanya dan terus mencapai 'pallet jack' yang ada tak jauh dari situ.

Sambil dia 'jack up pallet' tersebut, saya langsung menekan butang pintu lift sambil bertanya,"Uncle, y never take mc? U cough so bad?!" lalu dia menjawab" Doctor say i must go for operation but i don think i want to go.""Why?" tanyaku kehairanan, "Aiyah, i already 50 plus, just waiting for time. Don't want to waste my money. Money also not enough" katanya dengan nada sedih. "Aiyoh, How come like that?" terharu mendengar jawapannya. Aku pun terdiam tapi terus bertanya lagi. "Uncle u married?" "yes" jawabnya. " U have children" Matanya memandang ke arah lain lalu dia menjelaskan, "I have 2 children. All married. My wife no more. My children also have small kid. They earn also not much. I don't want to susah them. I live myself. As long they don't give me problem, i oklah.

Setelah mendengar jawapan darinya, pintu lift akhirnya terbuka lalu dia terus masuk sambil mengucapkan terima kasih padaku. Aku terpaku di situ sambil mengangkat tangan tanda hormat padanya. Setelah dia pergi, aku kembali terfikir...

Aku punyai ayah ibu yang sebaya dengan lelaki cina tadi. Bermacam soalan bermain di benak fikiranku. Kenapa anaknya tidk menjaganya, Kenape tidak dibawa ke hospital? Mana tanggungjawabnya? Kenape ini semua harus berlaku? Mungkinkah ia terjadi dalam keluargaku nanti kelak? Perlahan aku berjalan kembali ke pejabat kecilku dan sambil menutup pintu dan lampu, aku terus menaip blog ini. Kenapa dia tak cukup duit? Bukankah kalau ada duit, sedikit sebanyak akan menolongnya? Kenape dia keseorangan? Adakah ini tujuan hidup? Kenapa begini akhirnya? Ya Allah... aku berjanji pada diriku sendiri, tetapi kadngkala, janji hanya akan tinggal janji... Tolonglah hambamu ini. Kasihani aku dan mereka. Lalu aku bersandar dan ku berfikir lagi... Terasa insaf... Lalu ku terlena kepenatan...